TANGGAL | KEJUARAN | SIRKUIT |
08 April | Qatar * | (Losail) |
29 April | Spain | (Jerez) |
06 Mei | Portugal | (Estoril) |
20 Mei | Prancis | (Le Mans) |
03 Juni | Catalunya | (Barcelona) |
17 Juni | Inggris | (Silverstone) |
30 Juni | Belanda **
| (Assen) |
08 Juli | Jerman | (Sachsenring) |
15 Juli | Italy | (Mugello) |
29 Juli | Amerika *** | (Laguna Seca) |
19 Agustus | Indianapolis | (Indianapolis) |
26 Agustus | Republic Ceko
| (Brno) |
16 September | San Marino | (Misano) |
30 September | Aragon | (Aragon) |
14 Oktober | Japan | (Motegi) |
21 Oktober | Malaysia
| (Sepang) |
28 Oktober | Australia | (Phillip Island) |
11 November | Valencia | (Valencia) |
ILMU SENJATA JIHAD UBAH MASYARAKAT
Firman-Nya lagi bermaksud: Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
Kepentingan ilmu, ditegaskan lagi oleh Nabi Muhammad yang bersabda bermaksud: "Siapa yang melalui suatu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan kepadanya jalan ke syurga." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Dalam hadis ini Rasulullah menunjukkan ke arah suatu jalan lurus menuju ke syurga, iaitu jalan mempelajari ilmu pengetahuan.Orang yang mengikuti cahaya ilmu pengetahuan tidak akan meraba dalam kesesatan selama-lamanya.
Dengan ilmu pengetahuan seseorang itu akan memperoleh segala kebaikan di dunia dan akhirat.Oleh itu, tuntutlah ilmu pengetahuan yang berguna dan berfaedah demi agama, bangsa dan negara.Umat Islam sangat digalakkan supaya menuntut ilmu berfaedah yang dapat diguna dan disebarkan kepada ramai orang. Dengan ilmu itu juga dapat membangunkan umat Islam daripada ketinggalan dan terus ditindas oleh orang lain.
Hapuskanlah penyakit buta huruf agama yang sedang bermaharajalela di kalangan umat Islam kini. Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari akhirat kelak." (Hadis riwayat Abu Daud)
Menuntut ilmu adalah antara amalan terpuji yang amat digalakkan Islam disebabkan kedudukan ilmu itu yang cukup mustahak dalam kehidupan insan.
Dengan ilmu, seseorang akan memperoleh petunjuk, terhindar daripada kejahilan dan boleh membina hidup berdasarkan panduan Islam.
Berkenaan dengan martabat orang berilmu, Allah berfirman yang bermaksud: "Allah mengangkat orang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu satu darjat."
Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun akhirat.
Islam menuntut keikhlasan niat dalam segala perkara, termasuk dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ilmu mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat. Mereka mengejar atau mendalami ilmu bukannya untuk kepentingan dunia semata-mata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar glamor. Golongan seumpama ini, mendapatkan ilmu bagi tujuan tidak murni. Jika begini kelakuan mereka, pastinya mereka tidak akan dapat mencium bau syurga pada akhirat nanti.Ilmu yang berkat adalah yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah. Bukan menjadikan dia semakin jauh dan lalai hingga melanggar hukum Allah atau sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri dan merampas hak orang. Ilmu adalah mengetahui mengenai sesuatu perkara. Perkara yang boleh diketahui itu bergantung kepada kemampuan dan usaha seseorang. Menuntut ilmu adalah jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya.
Dengan berbuat demikian akan menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding orang yang tidak berilmu. Nabi Muhammad bersabda maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berjuang fisabilillah hingga dia kembali." Oleh itu, selaku umat Islam kita hendaklah berusaha menambahkan ilmu, termasuk berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah, salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu ialah apabila seseorang itu bertambah ilmunya, semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa kepada Allah.
Selain itu, kita diingatkan tidak kedekut bagi menyampaikan ilmu berguna kepada orang lain.Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: "Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat."
Hadis ini menekankan bahawa Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), hingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam Islam.
Allah berfirman maksudnya: Nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat" (Surah al-Mujaadalah, ayat 58).
Disebabkan kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu. Mereka juga diharapkan bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan.Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna. Mereka yang menyampaikan ilmu itu juga perlu memberikan gambaran yang betul mengenainya tanpa iri hati atau tamak. Perkara ini kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu itu.
Label: ISLAMI